Tuesday, 6 December 2011
zirafah
Zirafah (Giraffa camelopardalis) adalah mamalia berkuku genap (even-toed ungulate), yang tertinggi dalam semua spesies daratan. Zirafah jantan mampu mencecah ketinggian sehingga 4.8 hingga 5.5 meter (16 hingga 18 kaki) dengan berat sehingga 900 kilogram (2,000 poun). Zirafah betina biasanya rendah sedikit dan lebih ringan. Dalam keluarga Zirafah, hanya terdapat dua spesies, iaitu Okapi dan Zirafah.
paus
paus hidup di lautan tetapi tidak tergolong dalam keluarga ikan. Ikan paus adalah mamalia dalam kelompok cetacea. Sebagaimana haiwan mamalia yang lain, ikan paus mempunyai ciri-ciri berikut:
- bernafas melalui paru-paru
- mempunyai bulu (kurang berbanding haiwan darat, hampir tiada bagi paus dewasa)
- berdarah panas
- mempunyai organ penyusuan dan menyusukan anak.
- mempunyai empat ruang jantung
Tinggalan fosil menunjukkan paus berasal daripada haiwan daratan berkuku, kemungkinannya dari haiwan seperti Mesonychid (haiwan seperti serigala yang tinggal dipersisiran pantai) yang beransur-ansur kembali tinggal di laut kira-kira 50 juta tahun dahulu. Satu lagi kemungkinan haiwan lain yang berubah menjadi paus, adalah Ambulocetus, mamalia bersaiz anjing laut, sepanjang 3 meter seberat 650 paun.
Pada masa kini, terdapat dua jenis ikan paus iaitu ikan paus Odontoceti paus bergigi, dan paus Baleen, Mysticeti. Paus Odontoceti yang bergigi merupakan pemangsa yang memakan ikan, sotong, dan mamalia marin (laut), mempunyai satu lubang pancut pernafasan. Paus baleen pula bersaiz lebih besar daripada paus bergigi dan mempunyai struktur yang dikenali sebagai baleen yang berbentuk sikat, untuk menyaring plankton daripada air, dan mempunyai dua lubang pancut pernafasan.
badak sumbu
Berat seekor badak sumbu kerbau dewasa adalah antara 530 kilogram hingga 750 kilogram. Ketinggian bahunya ialah 1.2 meter. Kulitnya kasar, tebal, berlipat-lipat dan berwarna kekelabuan. Ketebalan kulitnya antara 5 milimeter hingga 14 milimeter. Berbeza dengan badak-badak lain, badak kerbau mempunyai dua sumbu.
Badak sumbu kerbau ialah haiwan mamalia yang biasanya hidup sendirian dalam habitat yang lembap dan teduh. Haiwan herbivor ini makan pucuk dan daun-daun muda pokok tertentu. Ia sering berkubang untuk menyejukkan badan, menghalang lalat pikat menghisap darahnya serta mengelakkan jangkitan penyakit kulit. Tetapi sekiranya badak kerbau ini terlalu lama terdedah di bawah cahaya matahari, kulitnya akan menipis

singa
Singa (Panthera leo) adalah mamalia karnivor yang terangkum dalam keluarga Felidae. Digelar Raja Rimba, ia merupakan salah satu daripada empat jenis kucing besar dalam genus Panthera. Dengan jantannya yang sangat besar, melebihi 250 kilogram (550 paun) beratnya, haiwan ini adalah kucing yang kedua terbesar selepas harimau.
Singa-singa hidup selama lebih kurang 10–14 tahun di dalam hutan belantara, manakala dalam penawanan, haiwan ini boleh hidup melebihi 20 tahun. Singa amat suka bergaul, berbanding dengan kucing-kucing yang lain. Sekawanan singa terdiri daripada sekawanan singa betina dan anak-anak berkait serta sebilangan kecil singa jantan dewasa. Kawanan singa ini sangat menjaga wilayahnya. Anak-anak singa jantan yang telah dewasa akan diusir. Singa betina lazimnya memburu secara berkumpulan,dan biasanya memburu ungulat-ungulat besar seperti kuda belang, kerbau, zirafah, badak air dan juga gajah muda. Singa adalah benar-benar pemangsa, walaupun haiwan ini juga mencari-cari makanan jika terdapat peluang. Sedangkan singa pada umumnya tidak memburu manusia, sesetengahnya diketahui menjadi pemakan manusia dan mencari-cari mangsa manusia.
Harimau
Harimau (Panthera tigris) merupakan spesies binatang terbesar di kalangan empat jenis "kucing besar" dalam genus Panthera, dan anggota famili Felidae.[4] Harimau yang berasal dari Asia timur dan selatan ini ialah sejenis haiwan pemangsa dan maging. Subspesies harimau yang lebih besar boleh mencecah panjang 3.3 meter (11 kaki) dan berat 300 kilogram (660 paun).[5][6] Selain kebesaran dan kegagahannya, ciri-ciri terpenting yang dimiliki harimau ialah corak belang menegak berwarna gelap yang melapisi bulunya yang berwarna keputihan atau merah kejinggaan.
Harimau yang mempunyai ciri amat mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, terdapat dari kawasan taiga Siberia, ke padang rumput terbuka, ke paya bakau tropika, antara lainnya. Harimau ialah haiwan yang biasanya gemar bersendiri dan berkelakuan kewilayahan, dan sering memerlukan kawasan habitat yang amat luas untuk menampung keperluan memburu mangsanya. Dan kerana mudah didapati di sebilangan kawasan di dunia yang paling padat kependudukan manusianya, menyebabkan sering terjadinya konflik antara harimau dan manusia. Tiga daripada sembilan subspesies harimau moden sudah diisytiharkan pupus dan enam yang selebihnya digolongkan sebagai terancam. Punca-punca utama harimau terancam ialah kemusnahan dan fragmentasi habitat, dan juga kegiatan memburu. Harimau yang pernah menduduki kawasan-kawasan seluas Mesopotamia dan Caucasus hingga Asia Selatan dan Timur, kini semakin berkurangan bilangannya. Walaupun semua spesies yang masih ada diberi perlindungan undang-undang, namun pemburuan, kemusnahan habitat dan kemurungan pembiakbakaan dalam tetap menjadi ancaman.
Walau apapun, harimau tetap menjadi salah sejenis megafauna berkarisma yang paling terkenal di dunia. Harimau banyak memainkan peranan penting dalam mitos dan budaya rakyat, di samping masih mendapat tempat dalam bidang perfileman dan kesusasteraan moden. Lukisan harimau sering dijumpai pada bendera dan jata negara, sebagai maskot sukan, dan haiwan kebangsaan sebilangan negara Asia, termasuk Malaysia.

Subscribe to:
Posts (Atom)